Sunday, 11 December 2016

Susu Kambing Minuman Sunnah

Susu kambing merupakan salah satu dari pemakanan sunnah sejak ribuan tahun lagi.Susu kambing sangat sesuai untuk semua peringkat umur terutama bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas, pelajar, orang dewasa, warga emas, ibu hamil, ibu berpantang dan ibu menyusukan anak. Para ibu yang memberikan si manja anda dengan susu kambing merupakan langkah awal pendidikan dalam pemakanan sunnah. Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi kesan ialah cara kita merangsang mereka. Susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu badan. Susu kambing dapat membantu ibu-ibu memahami kepentingan menjaga kesihatan usus bayi semenjak dari kecil bagi membantu tumbesaran si manja.

Khasiat Susu Kambing untuk Ibu Berpantang & Ibu Menyusukan Anak.

  • Memperbanyakkan susu ibu
  • Mencantikkan kulit ibu dan bayi
  • Menambahkan kepekatan susu ibu
  • Meningkatkan pengaliran susu badan
  • Mengekalkan kecergasan ibu selepas bersalin
  • Bayi cepat kenyang dan tidur dengan nyenyak
  • Membekalkan tenaga kepada ibu walaupun bayi kerap menyusu
  • Membantu mempercepatkan pemulihan anggota dalaman ibu selepas bersalin




Khasiat Susu Kambing untuk Bayi Berumur 6 Bulan dan Ke Atas.
  • Menguatkan tulang
  • Meningkatkan selera makan
  • Menghindarkan masalah sembelit
  • Mencegah penyakit demam kuning 
  • Mempercepatkan pertumbuhan gigi
  • Mengatasi batuk dan asma
  • Menghilangkan kahak dan lelah
  • Membantu sistem penghadaman bayi
  • Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak
  • Membekalkan nutrien yang diperlukan badan
  • Kurang alahan dan sesuai untuk anak yang alah pada protein susu lembu


Khasiat Susu Kambing untuk Golongan Pelajar dan Orang Dewasa.
  • Memulihkan tenaga dalaman
  • Anti penuaan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengurangkan masalah keradangan sendi
  • Meningkatkan daya kepekataan, penumpuan dan ingatan

Khasiat Susu Kambing untuk Warga Emas.
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol
  • Menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit
  • Mengurangkan sakit gastrik, ulser, buasir, lelah, migrain, penyakit kulit, insomia, sengugut, darah tinggi, kencing manis, batuk kering dan gout.


No comments:

Post a Comment