1. Rupa Dengan Dandanan Kemas
Kaum lelaki boleh memakai apa sahaja pakaian yang bergaya atau aksesori yang menarik, tetapi rupa paras yang kemas dan bersih alan memberikan pandangan yang baik. Penampilan yang bersih dan kemas adalah satu pengenalan yang baik jika seorang lelaki inginkan perempuan menyukainya.
2. T-shirt Putih dan Jeans
T-shirt putih dan Jeans adalah satu gabungan yang tiada siapa akan kelihatan pelik apabila memakainya. Gaya ini membuatkan lelaki kelihatan lebih maskulin dan bergaya.
3. Sepasang Kasut
Sepasang kasut yang baik adalah elemen pa;ing penting untuk apa-apa penampilan dalam menggambarkan seseorang itu. setiap perempuan tahu bahawa kasut haeuslah kemas dan padan dengan warna seluar atau lebih gelap. sebab itu perempuan seringkali menumpukan perhatian pada elemen ini.
4. Topi
Apabila bercakap mengenai aksesori, topi yang sesuai akan mengubah penampilan seorang lelaki dan akan membuatnya kelihatan menonjol di khalayak ramai. Oleh itu pilihlah topi yang sesuai dan bersedia untuk menjadi tarikan dan perhatian perempuan.
5. Sut
Sut merupakan pakaian klasik yang tidak lapuk dek zaman. Dengan saiz dan warna yang sesuai, ia akan memberikan penampilan yang baik dan sangat sesuai untuk semua orang.
6. Melipat Lengan Baju dan Memakai Tali Leher
Gaya ini adalah kombinasi kasual dan nakal tetapi sangat sempurna. ia juga merupakan satu penampilan yang mengatakan "saya seorang lelaki yang sibuk tetapi kerja saya bukanlah satu-satunya minat saya".
7. V-neck Sweater
Perempuan sangat suka lelaki yang memakai baju sebegini. Apabila lelaki memakainya, ia akan memberi pandangan bahawa lelaki ini sangat beradab dan pandai menjaga diri sendiri.
8. Baju Henley
Baju Henly ini tidak pernah ketinggalan zaman. Ia merupakan pakaian kegemaran artis-artis Hollywood dan ahli sukan terkenal. T-shirt tanpa kolar dan dibutang menjadi kegilaan ramai perempuan.
No comments:
Post a Comment