Wednesday, 21 December 2016

Serbuk Kayu Manis Dan Madu

Khasiat Serbuk Kayu Manis Dan Madu



Madu dan kayu manis mampu menyembuhkan banyak penyakit. Madu juga mudah didapati kerana banyak dihasilkan diseluruh negara.

Para saintis sekarang ini juga mengakui bahawa ia ubat yang sangat efektif bagi semua penyakit. Madu digunapakai tanpa kesan sampingan untuk semua jenis penyakit.

1. Pembengkakan Sendi (Arthritis)


Ambil satu bahagian madu dan dua bahagian air serta tambahkan satu sudu teh serbuk kayu manis. Jadikan seperti pasta dan sapukanlah pada bahagian badan yang sakit dengan perlahan. Pesakit Arthritis juga boleh mengamalkannya setiap hari dengan meminum air panas dengan dua sudu teh madu serta satu sudu teh serbuk kayu manis. Jika diminum secara teratur mampu menyembuhkan penyakit Arthritis yang kronik.

2. Keguguran Rambut (Botak)


Mereka yang menderita akibat keguguran rambut boleh menggunakan pasta yang dibuat daripada campuran minyak zaitun panas, satu sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis sebelum mandi dan membiarkannya dikulit kepala selama kira-kira 5 hingga 15 minit.

3. Sakit Gigi


Sakit gigi boleh menyebabkan segala aktiviti anda terganggu. Buatlah pasta dari satu sudu teh serbuk kayu manis dan lima sudu teh madu. kemudian lumurkan pada gigi yang sakit. Amalkan 3 kali sehari sehingga sakit gigi beransur hilang.

4. Menurunkan Kolestrol


Paras kolestrol dalam darah boleh berkurangan sebanyak 10% dalam masa 2 jam apabila anda minum campuran dua sudu teh madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dalam 16 onz air teh. Jika diamalkan secara teratur diminum 3 kali sehari mampu mengubati penyakit kolestrol yang kronik.

5. Menghilangkan Jerawat


Buatlah pasta dari tiga sudu teh madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis. Gunakanlah pasta ini pada jerawat sebelum tidur dan cucilah keesokan paginya dengan air suam. jika dilakukan dua kali seminggu, ia dapat menghilangkan jerawat hingga ke akarnya. Ia juga membuatkan kulit anda jadi segar dan halus mulus.

No comments:

Post a Comment