Madu Lebah Pemakanan Sunnah
Madu merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiat sejak ribuan tahun lagi. Dengan ciri-cirinya yang anti bakteria dan anti fungi maka tidak hairanlah jika madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik dunia.
Satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas kolestrol, lemak dan garam. Madu banyak digunakan didalam makanan sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Ayuh sama-sama kita ketahui rahsia madu yang banyak khasiat ini.
1. Sumber Vitamin dan Mineral
Madu kaya dengan vitamin C yang penting untuk tubuh badan. Madu juga mengandungi kalsium yang penting untuk menguatkan tulang kita. Zat besi yang terdapat pada madu juga membantu sistem peredaran darah kita.
2. Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah
Dengan hanya minum air bercampur madu anda telah berjaya meningkatkan sel darah merah. Peningkatan sel darah merah ini bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap tenaga anda. Madu juda bersifat anti bakteria yang boleh membunuh bakteria. Kajian juga mendapati jika tenaga anda tinggi, maka anda akan menjadi lebih produktif. Oleh itu, amalkanlah minum air bersama madu setiap hari.
3. Pengganti Gula
Jangan samakan gula pasir dengan madu kerana rasanya yang manis kerana masu sangat berbeza. Berlainan dengan gula pasir, madu yang asli tidak diproses dan mengandungi gula yang sebenar. Madu boleh mengawal kadar gula di dalam badan seseorang dengan dextrin iaitu campuran gula biasa dengan madu.
4. Baik untuk Kesihatan
Kajian membuktikan yang madu mampu merawat ulser (mata ikan) dan lain-lain penyakit. 99 % 99% daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kajian ini membuktikan madu mempunyai kesan yang menyembuhkan. Madu yang bersifat anti bakteria dapat mencegah infeksi. Madu berkesan dalam merawat penyakit paru-paru seperti asma dan kahak. Bagi mereka yang ragu-ragu untuk memakan daging mentah kerana bimbangkan penyakit e-coli dan salmonella, kini anda tidak perlu risau lagi kerana madu boleh membasmi bakteria yang ada.
5. Madu Sebagai Prebiotik
Tidak seperti di dalam yogurt yang mengandungi probiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang baik di dalam badan.
6. Pelembab Kulit
Kelemumur dan dermatitis merupakan masalah kulit kepala dan sangat mudah diatasi dengan mengamalkan madu setiap hari. Hanya sapukan madu di sekitar kawasan yang tercedera dan ia akan pulih dengan kadar segera. Masalah kulit merekah dan bersisik juga boleh dirawat dengan madu.
7. Penawar Batuk
Masalah batuk menyebabkan tidur malam anda tidak lena. Madu mampu menenangkan tidur malam anda tanpa perlu terjaga di tengah malam kerana batuk.
8. Mengurangkan Simptom Alergik
Madu yang diperolehi daripada bunga yang disebut sebagai
pollen honey dipeercayai boleh mengubati beberapa penyakit. Badan anda akan meningkatkan imuniti kepada tindak balas
pollen honey tersebut.
Pollen honey ini terbukti mampu untuk mengurangkan alergik selain dapat mengurangkan kesakitan akibat alergik. Pastikan keaslian
Pollen honey yang digunakan kerana ia boleh membawa kesan yang berbeza.
9. Memberikan Tenaga
Tidak hairanlah jika atlit sukan mengatakan mereka memakan madu bagi menghilangkan rasa pening atau tidak sihat. Pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan dan madu akan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga untuk jangka waktu yang lama seperti peserta maraton.
10. Mencegah Kanser
Saintis mendapati madu mengandungi flavonoids yang dipanggil sebagai anti oksidan di dalam badan. Kebanyakan ubat merawat kanser menggunakannya bagi tujuan yang sama. Setakat ini flavonoid masih belum terbukti berjaya merawat semua penyakit kanser. Tetapi berita baik untuk wanita dan perokok diluar sana yang terdedah kepada kanser, ambillah madu setiap hari. Mencegah lebih baik dari mengubati.
11. Madu Dalam Masakan
Makanan seperti
waffle atau
pan cake selalu diambil madu apabila makan bersamanya. Banyak lagi contoh-contoh makanan yang menggunakan madu boleh anda perolehi dengan melayari internet.
Amalkan madu didalam makanan seharian anda sekarang kerana ia merupakan pemakanan Sunnah. Harus diingat, jangan berikan madu kepada bayi yang berumur kurang setahun kerana ia boleh mengakibatkan masalah keracunan kepada mereka.